Belanjawan Alternatif 2015 Diakui Tak Lengkap

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 yang dibentangkan pada Khamis diakui tidak lengkap.


Belanjawan yang dibentangkan sehari sebelum perbentangan Bajet 2015 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu didapati tidak menyentuh mengenai pelan ekonomi secara menyeluruh untuk rakyat.

Perkara itu turut diakui sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Belanjawan pakatan kali ini bukanlah satu belanjawan yang lengkap...ada perkara-perkara yang kami tidak bawa di dalam belanjawan kali ini.

"Jadi maafkan kami kalau tak menyentuh berkenaan OKU (orang kelainan upaya) atau lain-lain lagi sebab nanti akan ada pihak yang serang kami," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Berkali-kali mengakui Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 tidak mengikut amalan kebiasaan pakatan pembangkang, Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pihaknya akan meneliti Bajet 2015 yang akan dibentangkan kerajaan.

"Kami ingatkan ini bukan satu belanjawan yang sempurna atau lengkap dari segala sudut peruntukan perbelanjaan," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli yang juga salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Belanjawan Pakatan Rakyat berkata, belanjawan yang dibentangkan tidak melibatkan perbelanjaan operasi kerajaan.

"Hanya Pakatan Rakyat yang membentangkan belanjawan sendiri dan belanjawan ini bukanlah belanjawan operasi kerajaan tetapi lebih untuk memberi ruang kepada rakyat mengetengahkan isu-isu ekonomi yang boleh kita kontras (bandingkan) dengan Barisan Nasional," katanya.

Tags / Kata Kunci: Belanjawan Alternatif , Rafizi Ramli

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan