302 Jenis Ubat Dijangka Tidak Dikenakan CBP

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 9:13 PM

S Subramaniam

Dr S.Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sebanyak 302 jenis ubatan dalam kategori 'Senarai Ubat Keperluan' dijangka tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) pada 1 April 2015, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Dr Subramaniam berkata pihaknya telah memohon perkara itu kepada Kementerian Kewangan bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat sekaligus meningkatkan tahap penjagaan kesihatan di negara ini.

"Kita telah mewakili hasrat rakyat dengan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dengan mengemukakan 'senarai ubat keperluan' bebas CBP yang kemungkinan besar melibatkan 302 jenis ubat yang biasa diberikan oleh doktor untuk penyakit biasa," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Kongres Ke-25 Federation of Asian Pharmaceutical Associations (FAPA) yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Persidangan selama empat hari bermula Khamis disertai kira-kira 1,200 delegasi dari 25 negara.

Dr Subramaniam berkata rakyat akan terus menikmati ubat berkenaan pada harga yang sama sekiranya Kementerian Kewangan meluluskannya kecuali ubat yang jarang digunakan bagi penyakit tertentu.
 
Katanya, kementerian juga mengharapkan peralatan dan kelengkapan dalam penyampaian kesihatan di klinik dan hospital khususnya kerajaan mendapat 'layanan yang sama' dengan tidak dikenakan CBP.

Dalam pada itu, beliau berharap peserta industri farmasi di negara ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti perubatan seiring peredaran dan keperluan semasa. 
Tags / Kata Kunci: CBP , Dr S.Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan