Rumah Transit 1Malaysia Boleh Guna Mulai Disember Ini

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 10:43 PM

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (dua, kanan) melawat tapak projek Rumah Transit 1Malaysia dekat Bukit Jalil, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 632 pemohon yang layak dan terpilih menyewa Rumah Transit 1Malaysia di Bukit Jalil di sini dijangka boleh memasuki rumah berkenaan mulai Disember ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dalam kenyataan pada Rabu, berkata ini kerana kerja-kerja menaik taraf dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk dijadikan Rumah Transit 1Malaysia itu dijangka siap sepenuhnya pada 23 November ini.

Projek rumah pertama seumpamanya itu melibatkan pengubahsuaian dua buah blok merangkumi 632 unit rumah PPR di Bukit Jalil iaitu Blok L dan Blok M.

Program Rumah Transit 1Malaysia bertujuan memberi kemudahan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk pasangan yang berkahwin dan berumur bawah 30 tahun.

Beliau berkata kerajaan telah menetapkan kadar sewa rumah berkenaan ialah RM250 sebulan dengan tempoh penyewaan selama dua tahun.

"Pemohon tidak boleh menyewakan rumah transit dan tidak boleh menuntut sebarang kos untuk pindah masuk atau keluar dari rumah transit tersebut," katanya.

Abdul Rahman berkata bagi mengatasi masalah pengangkutan awam untuk penduduk rumah berkenaan, pihak RapidKL telah bersetuju menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan kompleks PPR Bukit Jalil dengan stesen LRT Bukit Jalil laluan Ampang mulai Disember ini.

"Perkhidmatan bas RapidKL ini akan beroperasi pada kekerapan setiap 30 minit," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan