Peraturan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian Diperhalusi - Rohani

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 9:04 PM

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperhalusi peraturan-peraturan mengenai perlindungan kanak-kaank dalam talian bagi melindungi mereka daripada kesan negatif akibat melayari internet.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sehingga kini beberapa siri perjumpaan telah diadakan melibatkan anggota jawatankuasa daripada pelbagai pihak antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan peraturan itu.

"Banyak perkara yang kita rasa kanak-kanak perlukan perlindungan. Jadi kita memerlukan satu peraturan. Ia tidak mungkin Akta Kanak-Kanak kerana kita sudah ada akta.
Ia mungkin peraturan untuk kita melindungi kanak-kanak ini daripada gejala negatif ketika dalam talian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini Rabu.

Menurutnya peraturan itu masih dalam proses penyediaan dan akan dimaklumkan perinciannya, dijangka pada tahun hadapan.

Bagaimanapun Rohani berkata peranan ibu bapa amat diperlukan untuk memantau pergerakan anak-anak ketika melayari internet.

Terdahulu Rohani dalam ucapannya berkata statistik Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) menunjukkan terdapat peningkatan kes penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak daripada 3,257 kes pada 2010 kepada 4,119 kes tahun lepas.

Orang yang paling rapat dengan kanak-kanak dikenal pasti orang yang kebiasaannya menjadi pendera kepada kanak-kanak itu iaitu ibu kepada kanak-kanak, bapa atau kekasih ibu atau bapa," kata beliau.

Pada majlis itu Rohani turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JKM dan UKM bagi merangka program pencegahan bagi menangani kes penderaan, pengabaian, keganasan dan ekploitasi terhadap kanak-kanak.

Menerusi MoU itu yang dimeterai selama tiga tahun, JKM dan UKM bersedia berkongsi sumber-sumber dan kepakaran di institusi masing-masing.

Sebelas resolusi hasil perbincangan daripada seminar berkenaan turut diserahkan kepada Rohani untuk tindakan selanjutnya antaranya pemantauan dan kawalan penggunaan gajet dan akses internet, membina perisian (aplikasi dan permainan) yang berbentuk keselamatan dan pendefinisian semula umur kanak-kanak mengikut perspektif psikologi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan