Isu SJKC: Peguam Negara Yang Perlu Putuskan Pendakwaan - MCA

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 5:28 PM

Eric Choo Wei Sern

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis belum mempunyai kata akhir dalam memutuskan sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno yang mencadangkan bahawa pendidikan vernakular perlu dihapuskan, kata MCA.

Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda MCA, Eric Choo Wei Sern berkata keputusan sama ada untuk mendakwa timbalan pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara terletak pada Peguam Negara, bukan pasukan polis.

"(Kami) benar-benar terkejut dengan keputusan polis untuk tidak mendakwa atau mengenakan tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohamed Saad berhubung cadangan beliau supaya pendidikan vernakular dimansuhkan. 

"Pasukan polis tidak boleh memainkan peranan dalam dua perkara iaitu penyiasat dan pendakwa," kata Choo dalam satu kenyataan Rabu.

Azli Mohamad baru-baru ini telah dikritik kerana menggesa Perhimpunan Agung parti akan datang membincangkan kemungkinan memansuhkan sekolah rendah.

Beliau dilaporkan berkata bahawa ramai orang telah membuat kesimpulan bahawa sekolah-sekolah Cina digunakan oleh pihak pembangkang untuk menyebarkan sentimen perkauman dan anti-kerajaan, membangkitkan kemarahan MCA. 

Walaupun MCA telah membuat banyak laporan polis terhadap pemimpin Umno dan meminta supaya beliau disiasat kerana hasutan, pihak polis dilaporkan berkata bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan kerana kes beliau telah dikategorikan sebagai perkara sivil. 

Choo berkata keputusan yang diumumkan oleh pihak polis "mengejutkan" kerana kerajaan melalui pasukan polis, perlu mengambil tindakan keras terhadap individu yang menghasut, atau mencetuskan ketegangan kaum atau ketidakharmonian di bawah Akta Hasutan sejak bulan-bulan kebelakangan ini. 

Walaupun Biro Undang-Undang Pemuda MCA tidak bersetuju dengan penggunaan Akta, mereka percaya bahawa terdapat peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan untuk menghukum mereka yang membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. 

"Oleh itu, kami menyeru pihak polis untuk menyiasat laporan polis yang dibuat di seluruh negara di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa dan mengenakan tindakan terhadap pemimpin Umno itu kerana membuat kenyataan yang secara serius boleh membahayakan keamanan dan keharmonian kita yang telah kita nikmati 57 tahun yang lalu," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan