MAS, Tourism Malaysia Tawar Percutian Untuk Pelancong India

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 11:19 AM

Menara Berkembar Petronas antara destinasi mesti lawat pelancong dalam dan luar negara.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) serta Tourism Malaysia, menawarkan tawaran hebat percutian ke Malaysia kepada pelancong India sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.


Kempen itu yang bermula Rabu hingga 20 Oktober ini, adalah bagi perjalanan mulai sekarang hingga 31 Mei 2015 bagi kelas ekonomi, kata MAS menerusi satu kenyataan.

"Sebagai syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia bangga menawarkan tawaran hebat bersama Tourism Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Serantau, Asia Selatan dan Timur Tengah MAS, Azahar Hamid.

Beliau berkata, pekancong India boleh meneroka destinasi terbaik Malaysia menerusi tawaran hebat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.

"Beli sekarang dan melancong ikut kesesuaian anda dalam tempoh enam bulan."

Pengguna boleh menempah perjalanan dari Delhi, Mumbai, Hyderabad, Bangalore, Chennai dan Kochi ke pelbagai destinasi di Malaysia, seperti mengunjungi Langkawi, resort kepulauan yang cantik atau kota raya Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Tambang termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj, bagasi masuk seberat 30kg dan satu bagasi dalam kabin sehingga 7 kilogram, katanya.

Tambang dari India ke Kuala Lumpur bermula daripada Rs13,987 (RM740) Langkawi Rs16,656 (RM882), Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Rs16,342 (RM865) serta Kuching dan Kota Kinabalu Rs18,860 (RM999).

"Inilah masa yang paling sesuai untuk mengalami dan menerokai sendiri Malaysia menerusi pakej khusus pada harga yang sangat menarik ini," kata Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy.

Pelanggan boleh merujuk destinasi popular dan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi saluran pengedaran Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan Malaysia Airlines di +603 7843 3000, pejabat tiket dan ejen yang dilantik di seluruh India.



Tags / Kata Kunci: Tourism Malaysia , MAS , percutian

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan