Papan Iklan Oktoberfest Tidak Dapat Kelulusan MBSA

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan papan iklan promosi festival Oktoberfest tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.

Malah, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, papan iklan itu juga bukan milik MBSA.

"Visual iklan yang berunsur perjudian, lucah atau menjolok mata dan minuman keras tidak akan diluluskan seperti yang terkandung dalam syarat-syarat permohonan  iklan yang dikuatkuasakan oleh MBSA," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Jaafar berkata, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan membuat pengumuman sepatutnya selepas mesyuarat Exco kerana beliau telah diberi penjelasan mengenai perkara itu.

"Sesiapa sahaja dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan sensitif kerana kita hidup dalam negara pelbagai kaum dan budaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program ibadah Korban peringkat MBSA 2014 di padang MBSA di sini, Rabu.

Katanya, MBSA tidak menerima sebarang permohonan untuk pemasangan papan iklan mempromosikan festival itu dan ianya telah diturunkan oleh kakitangan PBT berkenaan.

Terdahulu, Azmin Ali berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.

Jelas beliau, laporan mengenai isu tersebut turut diterima daripada MBSA dan MBPJ.

Tags / Kata Kunci: oktoberfest , MBSA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan