Bajet: Kementerian Pertahanan Harap Pembelian Aset Teknologi Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 6:33 PM

Datuk Abdul Rahim Bakri (berdiri, dua, kanan) melihat demonstrasi Nyah Cemor pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera DiRaja Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn di Kuala Lumpur, Rabu. Turut kelihatan Ketua Jurutera, Mejar Jeneral In Senior Datuk Abdul Nasser Ahmad (berdiri, tiga, kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengharapkan pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini antaranya menumpukan kepada pembelian aset ketenteraan berteknologi tinggi untuk memperkukuhkan keadaan keselamatan di dalam negara, terutamanya di perairan Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri berkata bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu ditingkatkan, terutamanya di pantai timur Sabah ekoran pencerobohan dan ancaman keselamatan di sana sejak kebelakangan ini.

"Pertamanya kami perlu melengkapkan anggota yang bertugas di kawasan yang sukar, terdapat keperluan untuk tambahan bot. Bajet pada Jumaat ini diharap membantu Sabah dan Sarawak dari segi (mengukuhkan) keselamatan, katanya.

Beliau memberitahu wartawan demikian selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, di sini Rabu. 

Mengulas perkembangan kumpulan militan "Negara Islam"(IS), Rahim berkata perisikan tentera dan polis menerusi Cawangan Khasnya sedang memantau pergerakan kumpulan itu di Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau mencadangkan lebih ramai lagi anggota baharu Askar Wataniah direkrut untuk membanteras ancaman militan itu.

"Mereka (perisikan tentera dan polis) bekerja 24 jam untuk memerhati kumpulan ini, kami juga bekerjasama dengan jaringan perisikan antarabangsa, kami amat prihatin.

"Seperti yang kamu boleh lihat, IS kini mencapai kemajuan yang pantas dalam mencapai matlamat mereka. Mereka tidak terpencil, bersekutu dengan banyak kumpulan di kawasan ini dan kami perlu berwaspada dengan ancaman keselamatan ini," katanya. 

Antara April dan September tahun ini , 19 rakyat Malaysia telah ditahan atas dakwaan terlibat dalam IS dan mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan dikenali sebagai Khaled Al Waled, Briged Al Jemaah, Daulah Islamiah dan Daulah Islamiah Arakan untuk dihantar ke Syria.

Pada 26 September lepas, tiga lagi rakyat Malaysia yang hendak ke Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL selepas disyaki menjadi penyokong IS.

Sementara itu, Rahim dalam ucapannya berkata kementeriannya sudah mengenal pasti beberapa perkhidmatan penting negara antaranya pengendali bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan udara awam dan perkhidmatan penyiaran negara untuk diserap dalam angkatan sukarela RAJD.

Katanya, tugas mempertahankan negara adalah tanggungjawab masing-masing dan penglibatan setiap jabatan dan agensi adalah penting dalam menghadapi ancaman musuh.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan