Isteri PM Tak Guna Pesawat VIP Ke Padang - Shahidan - Berita Semasa | mStar

Isteri PM Tak Guna Pesawat VIP Ke Padang - Shahidan

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 5:11 PM

Shahidan Kassim

Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesawat VIP Airbus A319CJ milik kerajaan tidak pernah melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang, Indonesia pada 27 Ogos lalu.


Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa pada tarikh berkenaan, pesawat rasmi itu hanya digunakan oleh delegasi kerajaan ke Singapura.

Pendedahan itu sekaligus menafikan dakwaan pembangkang kononnya pesawat VIP itu digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk perjalanan ke Padang.

"Untuk maklumat, penumpang pesawat tersebut adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), isteri Perdana Menteri dan delegasi kerajaan bagi lawatan rasmi ke Singapura," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang ingin mengetahui butiran lengkap termasuk senarai penumpang dan tujuan pesawat VIP milik kerajaan itu berlepas ke Padang pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, menerusi sidang media di lobi Parlimen, Loke mempersoalkan dan mendakwa kononnya Rosmah menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi.

Katanya, pada tarikh sama, Rosmah berada di Padang bagi menerima anugerah darjah tertinggi wanita suku Minangkabau.

Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.


Tags / Kata Kunci: Padang , Puan Puti Reno
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan