Bajet 2015: Gaji, Elaun Ahli Parlimen Naik

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen dijangka diumumkan pada sesi perbentangan Bajet 2015, Jumaat ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun berkata, jumlah kenaikan itu adalah pada tahap 'sederhana' berdasarkan keadaan ekonomi negara.

Menurut Shahidan, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan jawatan di peringkat pentadbiran termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.

"Ini bukan satu peningkatan yang mendadak tetapi  sederhana. Ini perubahan yang biasa berdasarkan kepada pandangan-pandangan dari semua pihak. Rakyat juga berpandangan ahli parlimen wajar perubahan gaji...sedikit (kenaikan).

"Kita menunggu Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin masa bajet (Jumaat) atau masa lain daripada persidangan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Selain itu, Shahidan berkata, cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen itu turut dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ketua pembangkang telah bersetuju, tiada masalah. Yang lain juga (Ahli Parlimen) pada dasarnya bersetuju.

"Tapi kalau ada yang tidak bersetuju, tak payah fikirlah, buang masa fikir. Ikatlah perutmu, tak ada masalah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahli Parlimen , gaji , elaun , Bajet 2015

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan