MH370: Lokasi Baharu Pencarian Lebih Jauh Ke Selatan Lautan Hindi

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak tujuh bulan lepas akan bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'seventh arc' di Lautan Hindi.

Keputusan itu disahkan berdasarkan analisis terbaru dilakukan satu pasukan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

Laporan rasmi berhubung butiran analisis itu dikeluarkan hari ini oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu.

Menurut laporan itu, lokasi baharu misi pencarian itu ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.

"Perkembangan terkini itu memberikan input penting terhadap perancangan ATSB dan hala tuju aktiviti pencarian di dasar laut," katanya.

Laporan itu menyatakan, pemeriksaan dan analisis yang sedang dijalankan terhadap data Satcom dan simulasi "berakhirnya penerbangan" akan diteruskan dan mungkin akan membawa kepada perubahan pengerahan aset bagi misi pencarian.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. 

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari dianggotai pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.

Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Lautan Hindi , ATSB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan