Oktoberfest: Exco Selangor Bincang Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 10:03 AM

Suasana penganjuran Oktoberfest yang berlangsung di Pulau Pinang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan isu festival Oktoberfest yang menerima kritikan pelbagai pihak akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.

"Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco hari ini. Pengumuman mengenainya akan dibuat nanti," katanya pada sidang media selepas menghadiri program ibadah korban peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Rabu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, beliau telah menerima laporan daripada MBSA dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengenai penganjuran Oktoberfest.

"Kita sah dapat laporan dari MBSA dan MBPJ (mengenai festival itu)," katanya.

Oktoberfest mula berlangsung sejak 24 September lalu di Hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Terdahulu, Azmin menghadiri program ibadah korban peringkat MBSA 2014 di Padang Wisma MBSA di sini, Rabu.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.



Ibadah korban peringkat MBSA dilaksanakan sejak 2005 melalui penyertaan warga MBSA yang dibuat secara potongan gaji bulanan ataupun sekali bayaran.

Ia turut dilaksanakan secara bergotong-royong oleh warga MBSA yang terlibat secara langsung dari segi penyembelihan, pemotongan dan juga agihan daging korban.


Tags / Kata Kunci: Oktoberfest , Azmin Ali

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan