Semak Kenderaan Ditunda Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram & SMS

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 4:53 PM

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (kanan) menunjukkan perkhidmatan aplikasi Hotline Whatsapp 013-6663255 yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya kenderaan ditunda apabila melalukan kesalahan ketika beramah mesra dengan warden trafik wanita selepas penyerahan 15 buah motosikal skuter kepada unit tersebut di Pengoperasian Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Jalan Galloway, Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan kemudahan aplikasi 'WhatsApp dan telegram' serta khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan orang ramai menyemak status kenderaan mereka yang ditunda. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata orang ramai boleh membuat semakan bermula Selasa dengan menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka ke talian 013-6663255.

"Mana-mana pemilik atau pemandu yang merasakan kenderaan mereka telah ditunda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi ini dan dari situ kita akan maklumkan kepada mereka lokasi simpanan kenderaan tunda dan jumlah bayaran kompaun yang mereka perlu bayar.

"Untuk memastikan orang ramai mengetahui kemudahan aplikasi itu, DBKL juga telah memasang 30 notis pemberitahuan di sekitar pusat bandar terutamanya di kawasan 'hot spot' penundaan kenderaan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Bangsar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda baharu di Jalan Galloway di sini, Selasa.

Ahmad Phesal berkata penubuhan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda Jalan Galloway itu bagi memudahkan pemilik kenderaan yang ditunda di sekitar Kuala Lumpur menuntut kenderaan mereka di lokasi yang lebih dekat.

"Sebelum ini, ramai orang merungut terpaksa mengambil kenderaan mereka jauh di Depoh Simpanan Kenderaan Tunda di Jinjang. Jadi, kali ini kita tubuhkan di sini (Jalan Galloway) dengan waktu operasi 24 jam untuk memudahkan mereka membuat tuntutan kenderaan," katanya.

Beliau berkata dari Januari hingga September tahun ini, sebanyak 6,105 buah kenderaan yang melakukan kesalahan halangan telah ditunda membabitkan jumlah bayaran kompoun sebanyak RM143,370.

Justeru, Ahmad Phesal berharap dengan tindakan penguatkuasaan dan kemudahan semakan dan tuntutan kenderaan tunda yang lebih dekat ini, akan memberi pengajaran dan kesedaran orang ramai untuk tidak melakukan kesalah trafik di ibu kota.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan