Keputusan SPM Diumumkan Dua Minggu Lebih Awal, 3 Mac Ini

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 3:11 PM

Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan pada 3 Mac tahun depan.

Tarikh keputusan tersebut diawalkan dua minggu daripada tarikh sebelum ini bagi memberi masa kepada pelajar-pelajar untuk memulakan pengajian pra-universiti dengan keputusan SPM yang sebenar.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tarikh tersebut akan menyelesaikan isu-isu yang telah berbangkit selepas pengumuman penggunaan keputusan percubaan tidak lagi dibenarkan.

"Pelajar-pelajar akan mempunyai masa untuk menamatkan pembelajaran mereka dalam tempoh setahun malah boleh menyambung pengajian di luar negara," jelasnya pada sidang media, Selasa. 

Presiden Persatuan Kolej dan Universiti Swasta (MAPCU )Datuk Dr Parmjit Singh berkata pihaknya  berterima kasih kepada kementerian kerana mengutamakan kebajikan pelajar. 

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) Prof Madya Elajsolan Mohan, wakil-wakil dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga institusi pengajian tinggi swasta. 

Dalam masa sama, perbincangan lanjut akan diadakan selepas ini melibatkan Kementerian Pendidikan, MAPCU dan pihak-pihak yang berkaitan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan