Hubungan Ketenteraan Malaysia - China Diperkukuh, Perangi Militan - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 11:34 PM

Hishammuddin Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China perlu diperkukuhkan lagi, antara lain, boleh membawa kepada kejayaan lebih baik dalam memerangi semua bentuk kegiatan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagi tujuan itu, persefahaman antara kedua-dua negara amat penting, khususnya apabila mendepani kemungkinan dari segi sensitiviti pada peringkat kemudian kelak. 

Malah, sebelum ini, tegasnya Malaysia dan China telah berikrar untuk bekerjasama dalam membina keupayaan industri pertahanan.

"Kedua-dua negara sebenarnya telah memeterai perjanjian yang disaksikan oleh perdana menteri kedua-dua negara semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Sepertimana yang telah saya katakan, isu-isu berkaitan militan dalam semua bentuk yang merentasi sempadan dan fahaman, dan kawasan panas berpotensi adalah sesuatu yang kami sedang usahakan ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Anggota Dewan Negara China Yang Jiechi, di sini Selasa.

Berhubung lawatan Jiechi dan delegasinya ke negara ini, Hishammuddin percaya ia satu permulaan baik bagi Malaysia sebelum menjadi pengerusi Asean tahun depan.

Katanya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak wujud secara automatik, tetapi antara lain, hasil daripada lawatan dan persefahaman yang dipupuk.

"Saya berasa amat gembira dengan lawatan tuan yang terutama (Jiechi), tetapi saya percaya apa yang kita telah persetujui perlu diterjemahkan kepada sesuatu yang konkrit," katanya.

Sementara itu, Jiechi menegaskan walaupun lawatannya adalah singkat, ia mencapai objektifnya dan beliau berpeluang mengadakan perbincangan termasuk dengan Najib, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan.

Katanya kedua-dua negara telah menikmati kerjasama erat dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, namun beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan dipertingkatkan.

Jiechi berkata kini terdapat kira-kira 10,000 pelajar China sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia dan kira-kira 6,000 pelajar Malaysia sedang menuntut ilmu di kolej-kolej di China.

Beliau juga yakin hubungan dua ekonomi dua hala akan mencapai sasaran perdagangan US$150 bilion menjelang 2017 berdasarkan kekukuhan ekonomi kedua-dua negara.

Jiechi berkata China juga mengalu-alukan penyertaan Najib pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan berlangsung di Beijing November ini.

"Kami percaya penyertaan beliau akan memainkan peranan penting bagi kejayaan mesyuarat itu," katanya.
Jiechi tiba pagi ini untuk lawatan kerja dua hari di Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan