ESSCom Nafi Keluar Amaran Tsunami

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang memaklumkan kemungkinan tsunami akan berlaku di pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.

Ketua Komunikasi Korporat ESSCom Newmond Tibin berkata ESSCom juga menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media bagi pihak Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah berhubung keadaan cuaca di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Sebarang kenyataan media rasmi ESSCom hanya dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Korporat atau portal ESSCom Times di alamat www.esscom.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Newmond berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khabar angin melalui media sosial kononnya laporan tentang kemungkinan berlaku tsunami itu diterima daripada ESSCom yang memperoleh maklumat itu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini, khususnya di ESSZone, supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin itu serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. 


Tags / Kata Kunci: ESSCom , Tsunami

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan