Pencarian CEO MAS Masih Diteruskan - Khazanah Nasional

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airline System Bhd tidak melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu seperti yang dispekulasikan oleh beberapa sumber, kata Khazanah Nasional Bhd.

Cabang pegangan pelaburan Malaysia itu berkata pencarian CEO baharu masih diteruskan dan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas pertimbangan yang sewajarnya dan berunding dengan pemegang saham khas, Menteri Kewangan Diperbadan. 

"Keputusan akan diumumkan apabila tiba waktunya, dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan sebelum ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. 

Sebuah akhbar tempatan melaporkan pada Isnin bahawa seorang warga asing merupakan antara tiga calon yang telah disenarai pendek, termasuk rakyat Malaysia, yang dipertimbangkan bagi jawatan itu. 

Khazanah Nasional, pada 29 Ogos lepas mengumumkan bahawa ia sedang melakukan pencarian global bagi mendapatkan CEO baharu untuk menerajui MAS. 

Pencarian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan syarikat penerbangan nasional itu di bawah Pelan Pemulihan MAS 12 perkara.
Tags / Kata Kunci: CEO MAS , Khazanah Nasional

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan