PLUS Jangka Pertambahan Kenderaan Di Lebuh Raya Hingga Lewat Malam

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 7:48 PM

Keadaan trafik selepas Tol Bentong pada petang Isnin. Foto twitter @bombaJBPM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) menjangka pertambahan kenderaan di semua lebuh raya kendaliannya bermula tengah hari hingga lewat malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota, selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS berkata setakat pukul 7 malam, aliran trafik adalah perlahan dari arah utara bermula dari Bukit Gantang ke Kuala Kangsar, Sungai Perak ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke Slim River dan Bukit Tagar ke Rawang. 

"Trafik dari arah selatan turut perlahan di laluan Bukit Gambir ke Jasin dan Simpang Ampat sehingga ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban berikutan pertambahan kenderaan bermula tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi Bernama

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik dari arah pantai timur perlahan bermula di sekitar Plaza Tol Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Gombak.

"Manakala aliran trafik di lebuh raya sekitar Lembah Klang masih lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Plus Expressways Sdn Bhd , PLUS

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan