Dua Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Dua lagi jemaah haji meninggal dunia di Mina, menjadikan jumlah kematian sehingga kini sembilan orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kedua-dua jemaah haji lelaki berkenaan ialah Osman Abdullah @Wee Chen Kian, 64, dari Kg Sageng, Simunjan, Sarawak dan Abdul Hamid Hussain, 84 tahun. Tempat asalnya tidak diketahui. 

Osman meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru di Pusat Rawatan Syisyah yang dikendalikan Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, sementara Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit jantung di hospital Arab Saudi, katanya kepada media Malaysia selepas menziarahi pesakit di Pusat Rawatan Syisyah di sini malam Ahad.

Beliau diiringi Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohd Jusoh.

Beliau berkata setakat ini 66 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Arab Saudi dan pusat perubatan kendalian TH dan Kementerian Kesihatan.

Sebanyak tujuh jemaah haji di masukkan ke hospital Arab Saudi, iaitu empat di Hospital King Abdul Aziz di sini,  satu di Mina dan dua lagi di Arafah, katanya.

Sementara itu, di pusat rawatan perubatan yang dikendalikan oleh TH pula,sebanyak 36 orang dimasukkan ke Pusat Rawatan Syisyah dan 23 di Pusat Rawatan Aziziah.

Menyentuh mengenai jemaah haji di Mina, Jamil Khir berkata pada Isnin jemaah haji yang melakukan "Nafar Awal", iaitu yang keluar awal bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (iaitu masuknya waktu solat maghrib), akan bergerak meninggalkan Mina untuk kembali ke Makkah setelah keluar untuk berwukuf di Arafah pada Khamis lepas, sebelum bermabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina sejak Sabtu.

Kesemua jemaah haji dibenarkan melakukan Nafar Awal dengan syarat antaranya berniat untuk meninggalkan Mina dan kembali lagi, serta keluar sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah.

Mereka juga perlu menyempurnakan segala lontaran pada ketiga-tiga Jamrah  -Kubra, Wusta dan Sughra pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah serta bermabit dalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dengan sempurna.

Beliau berkata ada juga jemaah akan tinggal sehari lagi di Mina untuk "NafarThani" iaitu melontar sekali lagi pada 13 Zulhijjah, yang jatuh pada hari Selasa.

Jemaah haji sekembalinya ke Makkah akan bertawaf dan Saie sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan kumpulan pertama berlepas pulang Jumaat ini.

Jamil Khir juga berkata jemaah haji Malaysia tahun ini telah mengorbankan 13,437 ekor kibas dan 150 ekor unta sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.

Beliau berkata nilai keseluruhan korban itu adalah sebanyak SR7.1 juta (RM6.16 juta), termasuk nilai kibas sebanyak SR6.5 juta (RM5.64 juta).

Kesemua binatang itu telah dikorbankan pada Sabtu lepas bersempena Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi, katanya.

Menyentuh mengenai pengurusan haji kali ini oleh Arab Saudi tahun ini, Jamil Khir berkata pengurusan haji dari setahun ke setahun dilihat meningkat.

Bagaimanapun ada beberapa aspek pengurusan boleh dipertingkatkan, antaranya pengurusan jemaah haji semasa melontar di Jamrah, Mina di mana ramai jemaah haji yang jauh tempat penginapananya dan tidak mempunyai khemah penginapan di Mina, telah bermabit di sekitar Jamrah secara beramai-ramai.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi "boleh memperkemaskan lagi" perkara tersebut.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan