Bot Hilang: Aset TLDM, APMM, TUDM Terlibat Operasi SAR

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tempur TLDM yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

Empat kapal TLDM itu ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx.

Aset APMM melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kesemua aset berkenaan terlibat dalam operasi SAR di perairan Laut China Selatan sejak 10.30 pagi ini.

"Kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor iaitu A, B, C dan D yang melibatkan radius pencarian sejauh 10 hingga 30 batu nautika," katanya di sini, Isnin.

Katanya, KD Lekiu terlibat dalam pencarian di sektor A dan D, KD Serang di sektor B dan KM Mabul di sektor C.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.


Tags / Kata Kunci: TLDM , APMM , TUDM

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan