Ibadah Korban Terakhir Di Rumah Pengasih Bukit Tunku

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 4:33 PM

Mohd Yunus (kiri) mengagihkan bungkusan daging korban kepada orang ramai pada Program Ibadah Qurban PENGASIH di perkarangan Rumah Pengasih, Bukit Tunku di sini, Ahad. 
Sebanyak empat ekor lembu dan 11 ekor kambing dikorbankan dan diagih-agihkan pada Program Ibadah tersebut. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban yang dijalankan sejak 23 tahun lepas di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku, di sini merupakan yang terakhir akan dilakukan di pusat berkenaan pada tahun ini.

Presiden Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata bermula 2015, penghuni di pusat berkenaan akan berpindah ke Kampus Pengasih di Kampung Cinta Manis, Bentong, Pahang, yang kini 60 peratus siap dan sedang memasuki fasa kedua pembinaan.

Beliau berkata Pengasih memerlukan kira-kira RM7 juta untuk fasa kedua pembinaan kampus berkenaan melibatkan pembinaan surau, dewan makan dan beberapa blok penginapan untuk penghuni yang sedang menjalani rawatan.

"Kampus berkenaan juga diharap akan menjadi sebuah hab dan tempat rujukan di rantau ini bagi proses pemulihan dan pencegahan dadah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Rumah Pengasih di sini, Ahad.

Pada program berkenaan, 11 ekor kambing dan empat ekor lembu dikorban hasil sumbangan kakitangan dan anggota keluarga penghuni di pusat berkenaan.

Kampus tersebut bukan sahaja menjalankan fungsi utamanya untuk tujuan rawatan pemulihan dadah, tetapi juga melatih mereka yang berminat dengan kerja sosial termasuk dari luar negara.

Transformasi Rumah Pengasih di Bukit Tunku daripada kawasan seluas 2.8 hektar ke Kampus Pengasih yang sekali ganda lebih luas mampu memuatkan kira-kira 300 penghuni pada satu-satu masa.

Tags / Kata Kunci: Pengasih , Mohd Yunus Pathi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan