Aliran Trafik Lebuhraya Utara-Selatan Lancar

Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 11:12 AM

Pembantu Operasi PLUS Expressway Berhad (PLUS), memantau keadaaan trafik dan memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar sempena musim perayaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan lancar setakat 9.45 pagi Ahad berikutan kebanyakan warga kota sudah pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha yang disambut hari ini.   

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya Plus berkata tiada kesesakan lalulintas dilaporkan, antaranya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga tengah hari.

"Bagaimanapun terdapat satu kemalangan kecil dilaporkan pada pukul 8.35 pagi di Km45 dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menghala kepersimpangan Nilai Utara.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut laman Twitter PLUS Expressways Bhd, trafik turut lancar di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Butterworth-Kulim (BKE), Seremban-Port Dickson (SPDH) dan di Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik turut lancar dikebanyakan lebuhraya bertol di Lembah Klang termasuk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

"Terdapat satu kemalangan melibatkan motosikal di Km289.2 dari arah Gopeng ke Simpang Pulai dilaporkan kira-kira pukul 9.49 pagi, bagaimanapun tiada lorong terhalang dan trafik lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: aliran trafik , PLUS , NKVE

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan