Uthayakumar Enggan Sertai Mana-Mana Parti Politik

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 10:26 AM

Uthayakumar memeluk isterinya selepas dibebaskan dari penjara Kajang pada Jumaat. -foto S.KANESAN/The Star

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Bekas pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar yang dibebaskan daripada penjara Kajang selepas ditahan selama satu setengah tahun pada Jumaat berjanji beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

"Saya masuk ke dalam penjara dengan menggunakan baju berwarna jingga ini dan saya meninggalkan penjara dengan baju ini juga (jingga). Saya tidak akan menukar baju itu kepada warga biru gelap, biru muda atau warna-warna lain," katanya sambil menunjuk kepada simbol Hindraf di bajunya.

Uthayakumar meninggalkan perkarangan penjara kira-kira pukul 9.40 pagi Jumaat dan disambut oleh isterinya S.Inderadevi dan sekumpulan kecil penyokong dan ahli keluarga yang sedia menunggu sejak pukul 7 pagi.

Uthayakumar yang dipenjarakan kerana menghasut berkata beliau tidak menyesal.

"Saya hanya menangis di penjara ketika ibu saya meninggal dunia seminggu selepas pihak penjara menolak permohonan saya untuk menziarahinya di hospital," kata Uthayakumar.

Peguamnya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Kota Alam Shah) M.Manoharan dan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, M.Manogaran berkata mereka akan terus berusaha untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Ini adalah keutamaan kami buat masa ini," kata Manoharan.

Uthayakumar didakwa atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 pada 11 Disember 2007 kerana menerbitkan satu surat berunsur hasutan di laman web Police Watch Malaysia bertarikh 15 November 2007 yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

Di peringkat pembelaan pada perbicaraan kes itu, Uthayakumar enggan mengemukakan pembelaannya, mendakwa ia adalah sebagai protes terhadap cara layanan kaum India di Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut.

Pada 18 Februari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya tetapi mengurangkan hukuman penjara 
30 bulan kepada 24 bulan.

Tags / Kata Kunci: P. Uthayakumar , Hindraf , Akta Hasutan , bebas

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan