Najib Ucap Takziah Kepada Hishammuddin & Keluarga - Berita Semasa | mStar

Najib Ucap Takziah Kepada Hishammuddin & Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 1:06 PM

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Suhaila di kediamannya di Kuala Lumpur pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pemergian ke rahmatullah bondanya Tun Suhailah Mohamad Noah. 

Najib dalam status terbarunya dalam laman Facebook, berkata beliau turut berkongsi kesedihan dengan kehilangan Tun Suhailah, yang juga merupakan ibu saudara beliau.

"Saya dikejutkan dengan berita pemergian ibu saudara saya Tun Suhailah Mohd Noah, bonda kepada Hishammuddin Hussein, awal pagi Sabtu.

"Salam takziah kepada Hishammuddin Hussein dan keluarga, saya turut berkongsi kesedihan. Semoga roh Allayarhamah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," kata beliau.

Tun Suhailah, 82, balu kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga Tun Hussein Onn, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya 12.30 malam Jumaat.

Jenazah Allaryarham akan dikebumi di Makam Pahlawan di Masjid Negara.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan