Meling, Mangsa Nahas MH17 Terakhir Dari Sarawak Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 10:53 AM

Anak sulung Meling, Maryline Sindun tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja keranda jenazah bapanya dibawa turun dari pesawat.

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Jenazah Meling Mula, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terakhir dari Sarawak selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Lembaga Kemajuan Bintulu pada 8.38 pagi Sabtu.

Sebaik jenazah Meling, 48, tiba di tanah perkuburan pada 8.22 pagi ini, jenazah disembahyang mengikut agama Kristian diketuai Pastor Richard Lai.

Turut berada di tanah perkuburan ialah balu Meling, Simbut Kedit, 39, serta tiga orang anaknya iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8.

Selepas jenazah Meling disemadikan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah yang mengiringi jenazah tersebut dari Kuala Lumpur pada Jumaat, menyerahkan bendera kepada anak sulung Meling, Maryline sebagai tanda penghormatan negara.

Sementara itu, Uggah merakam penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang memastikan proses persemadian mendiang Meling berjalan lancar.

Beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu keluarga Meling termasuk bantuan pendidikan untuk anak-anaknya.

Mendiang merupakan pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur.

Jenazah Meling tiba di Lapangan Terbang Bintulu (LTB) pada 12.25 tengah hari Jumaat, menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie C130 dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Sejurus tiba di LTB pada Jumaat, jenazah Meling dibawa ke rumah mendiang di Jalan Tanjung Kidurong sebelum dibawa ke Dewan Sungai Plan untuk upacara penghormatan terakhir.

Acara 'Malam Rabat' juga diadakan pada malam tadi di Dewan Sungai Plan iaitu acara tradisi masyarakat Iban sebelum jenazah disemadikan.

Pada Jumaat, jenazah Muhammad Afruz Tambi, 13, anak bongsu pasangan Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Kuching pada 2.31 petang. 

Ketibaan jenazah Muhammad Afruz melengkapkan semua anggota keluarga enam beranak yang merupakan mangsa nahas pesawat MH17 itu, untuk disemadikan di Sarawak.

Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Tambi, 49, ibunya, Ariza, 46, abang sulungnya, Muhammad Afif, 19, abang kedua, Muhammad Afzal, 17, dan kakaknya, Marsha Azmeena, 15.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu.

Penumpang lain terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.


Tags / Kata Kunci: Meling Mula , MH17 , MAS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan