Ketahui Simptom Kanser Untuk Rawatan Awal - Pakar Onkologi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lebih banyak mesej dan maklumat tentang simptom kanser perlu disampaikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap penyakit itu.

Pakar Onkologi dan Radioterapi Hospital Pantai Melaka Dr Daniel Wong Wai Yan berkata kebanyakan masyarakat di negara ini kurang didedahkan mengenai simptom dan maklumat penyakit kanser sehingga lambat mendapatkan rawatan.

"Malah mereka sukar menjalankan pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom tersebut. Masyarakat masih kurang faham mengenai simptom kanser malah lebih cenderung mendapatkan rawatan tradisional ... apabila sudah lewat baru mereka datang ke hospital," katanya.

Antara simptom awal kanser adalah kehilangan berat badan mendadak, batuk kronik atau sakit dada, kerap terkena jangkitan kuman, bengkak muka dan kerap mengalami kekejangan perut, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Program Silver Lining 2014 anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama-sama Mahkota Medical Centre oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Hotel Hatten di sini, Sabtu.

Dr Wong berkata kebanyakan mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap kanser adalah pada usia lebih 60 tahun dan menasihatkan golongan itu membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap.

Timbalan Presiden NCSM Clare Ratnasingham berkata pihaknya sedang berusaha meningkatkan kesedaran tentang simptom kanser kepada masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat rawatan awal secara optimum.

"Kita juga mengadakan program di kampung-kampung, sekolah dan universiti bagi memberi pendedahan dan didikan mengenai kanser agar penyakit ini dapat dicegah pada peringkat awal," katanya.

NCSM ialah sebuah badan kebajikan berdaftar yang menawarkan khidmat pendidikan, rawatan dan sokongan bagi mereka yang menghadapi penyakit kanser.
Tags / Kata Kunci: kanser , Dr Daniel Wong Wai Yan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan