Jenazah Bonda Menteri Pertahanan Selamat Disemadikan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 2:20 PM

Hishammuddin ditenangkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas menziarahi jenazah Tun Suhailah di kediamannya di Kuala Lumpur pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah, bonda kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selamat dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh istiadat penghormatan negara kira-kira pukul 2 petang Sabtu.

Allahyarham yang juga isteri Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam Jumaat di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat sakit tua.

Terdahulu, orang ramai diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Dewan Solat Utama Masjid Negara sebaik saja keranda Allahyarham dibawa dari kediamannya di Bukit Tunku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga anak saudara Allahyarham, tiba di Masjid Negara pada jam 1.04 tengah hari Sabtu bagi memberi penghormatan terakhir sambil diiringi anak lelaki Allahyarham, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta ahli keluarga terdekat.

Majlis tahlil dan solat jenazah diketuai serta diimamkan oleh Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Mohamad Mohd Zin sebelum keranda Allahyarham diusung ke perkarangan Makam Pahlawan untuk dikebumikan.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' - Kerajaan Persekutuan (1990) dan Anugerah Sri Kandi dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Najib.

Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan