Hayati Pengajaran Peristiwa Pengorbanan Para Nabi & Rasul - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 6:08 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu menghayati sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban yang disambut Ahad, dengan sentiasa patuh dan taat terhadap perintah Allah SWT.

Beliau berkata umat Islam mestilah sentiasa patuh dan taat kepada segala titah perintah Allah SWT sepertimana patuh dan taatnya Nabi Ibrahim A.S dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ismail A.S.

"Ketaatan kita kepada perintah Allah SWT hendaklah dizahirkan dengan cara menjunjung syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah dan menjadikan ajaran Islam yang syumul sebagai cara hidup kita.

"Semoga kita semua akan dapat mencontohi sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT seperti yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S," katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha, di sini Sabtu.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Muhyiddin berkata ibadah korban yang dilaksanakan merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperoleh keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Katanya, ibadah tersebut juga merupakan tanda mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. 

"Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan olehNya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi," katanya.

Muhyiddin bersama-sama keluarganya yang kini berada di tanah suci Makkah untuk mengerjakan ibadah haji turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keamanan, dimurahkan rezeki dan dijauhi daripada segala musibah dan bala bencana.

"Semoga anda semua senantiasa dikurniakan nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT. Selamat Hari Raya Idul Adha daripada saya sekeluarga buat seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.
Tags / Kata Kunci: Aidiladha , Tan Sri Muhyiddin Yassin , korban

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan