Kertas Peperiksaan UPSR Berjawab Dikendalikan Secara Sistematik - Idris

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 2:52 PM

idris jusoh

Idris Jusoh.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah dijawab, dilakukan secara sistematik, tersusun dan terperinci, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya beliau sendiri telah menyaksikan prosedur pengendalian kertas peperiksaan yang dijawab itu bersama Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam ketika mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, Jumaat.

Idris berkongsi pengalaman itu dalam ucapan spontannya ketika menghadiri majlis pelancaran pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke Kejohanan Fira Roboworld Cup China dan Kejohanan Robot World Korea 2014 di sini, sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu.

"Tadi dalam perjumpaan dengan jawatankuasa UPSR, semua mendapat penjelasan terperinci mengenai cara mana kertas UPSR ditanda, keluar kotak, disisih, sampailah masuk ke bilik kebal dan scanning dibuat.

"Semuanya dilakukan secara sistematik dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk bilik kebal itu," jelasnya.

Dalam ucapan itu beliau memohon maaf kerana terlewat hadir ke majlis pelancaran berkenaan sebab pertemuan dengan jawatankuasa itu mengambil masa.

Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang diedarkan pada majlis pelancaran itu, Idris mengumumkan pelantikan dua anggota tambahan jawatankuasa bebas tersebut. 

Mereka ialah Datuk Kee Mustafa, bekas setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Chan Kim Kuay @ Christopher Tan, bekas Pengetua Cemerlang Sarawak.

Idris berkata, pelantikan dua anggota tambahan itu yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam jawatankuasa bebas berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , UPSR

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan