Tambang Bas Sekolah Fleksi Januari 2015 - SPAD

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula Januari tahun depan, kadar tambang bas sekolah baharu yang lebih fleksibel akan ditetapkan menerusi rundingan bersama antara pengendali bas sekolah dan ibu bapa.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan itu dibuat bagi menjadikan industri ini lebih mapan dan mutu perkhidmatan dipertingkat dari aspek keselamatan dan keselesaan anak-anak.

"Pendekatan tersebut diambil setelah mendapat maklum balas dari pihak berkepentingan dan penilaian terhadap kenaikan kos operasi seperti bahan api, penyelenggaraan, baik pulih dan alat ganti bas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPAD di sini, Jumaat.

Susulan pengumuman itu, jelas beliau, tambang bas sekolah yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak lima tahun tidak lagi diguna pakai bermula awal tahun depan. 

Sistem baharu ini akan melibatkan kira-kira 15,000 pengendali bas sekolah di seluruh negara.

Berdasarkan sistem kadar tambang ditetapkan LPKP sebelum ini Syed Hamid berkata, caj bagi kilometer pertama yang dikenakan di kawasan bandar adalah sebanyak RM27.43 dan RM2.02 untuk kilometer (km) seterusnya, manakala bagi kawasan luar bandar, caj ditetapkan RM20.62 bagi km pertama dan RM2.02 untuk setiap km seterusnya.

"Walaupun harga siling tambang bas sekolah ditetapkan oleh LPKP sejak 2009, kita dapati pengendali bas sekolah tidak mengikut kadar tersebut.

"Jadi kita beri kebebasan kepada ibu bapa dan pengendali bas untuk sama-sama berunding terhadap tambang yang dipersetuju demi kebaikan bersama," katanya.

Ketika ditanya sistem baharu itu menyebabkan kadar tambang akan ditetapkan sesuka hati, Syed Hamid berkata, beliau yakin pengendali bas sekolah tidak akan meletakkan harga yang melampau kerana mereka lebih prihatin dengan kedudukan anak-anak.

"Saya rasa mereka tidak akan berbuat demikian kerana kebanyakan yang memberi perkhidmatan ini terdiri daripada orang biasa... ibu tunggal. Mereka bukan mencari keuntungan tetapi ingin mendapatkan pendapatan segera," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, SPAD akan membuat pemantauan dari segi harga dan aspek keselamatan terutama penumpang.

"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Jelas beliau, pengendali boleh dikenakan tindakan seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan lesen perkhidmatan mereka digantung.

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan sistem baharu ini akan meransang pengendali bas untuk bersaing sengit dalam menawarkan perkhidmatan terbaik pada harga berpatutan kepada ibu bapa.

"Pendekatan ini juga dijangka menarik lebih ramai pengendali bas 'sapu' untuk mendaftar dengan SPAD. Kita tidak menetapkan jumlah (sasaran) tertentu tetapi mengalu-alukan permohonan daripada golongan itu mengikut permintaan semasa," katanya.

Syed Hamid berkata, setakat ini kira-kira 30,000 bas tidak berdaftar menjalankan perkhidmatan ini di seluruh negara.












Tags / Kata Kunci: tambang bas sekolah , SPAD

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan