Kes Pelajar Sekolah Keracunan Makanan Meningkat Tiap Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 2:14 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan disaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin dan dewan makan asrama sekolah yang terlibat dengan kes keracunan makanan sebagai tindakan tegas kerana cuai.


Saranan itu kerana sebanyak 5,265 kes keracunan makanan di negara ini membabitkan makanan yang disediakan di kantin atau dewan makan asrama sekolah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jumlah itu adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam memastikan makanan yang disediakan kepada generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat.

Jelas beliau, sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelantikan penyedia makanan itu, Kementerian Pendidikan diharap mengenakan syarat lebih ketat termasuk membatalkan kontrak serta tidak melantik semula pengusaha kantin yang mempunyai rekod kes seumpama itu.

“Kebanyakan insiden (keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dr Subramaniam sebelum itu menghadiri majlis anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat peringkat kebangsaan 2014. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P Kamalanathan.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes pada 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada 2013.

Dr Subramaniam berkata, data juga menunjukkan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa, 98 daripadanya diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

Menurut Dr Subramaniam, walaupun kini terdapat sekolah yang mempunyai guru dan jawatankuasa khas kantin, namun skop tugasan guru itu dicadang diperluas dengan melantik guru bagi memantau hal ehwal kesihatan pelajar.

“Kita akan bantu untuk beri latihan kepada guru-guru ini supaya mereka boleh jadi ejen pemantau secara lebih dekat kerana Kementerian Kesihatan sendiri tidak cukup kakitangan untuk melakukannya secara kerap di semua sekolah,” katanya.

Pada majlis itu, kantin Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dinobatkan juara keseluruhan menewaskan 95 kantin lain yang terpilih mewakili negeri masing-masing meliputi kategori sekolah menengah bandar, luar bandar dan dewan makan asrama.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan