Isu Keputusan Percubaan SPM: Semua Pendapat Akan Diambil Kira

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 8:47 AM

Dr Wee Ka Siong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan pelajar lepasan SPM menggunakan keputusan percubaan mereka bagi memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bersetuju untuk mengkaji semula keputusan tersebut.

"Saya bangkitkan isu ini di dalam Kabinet pada Rabu dan selepas perbincangan yang panjang, mereka bersetuju untuk meneliti perkara itu," kata Ka Siong pada Khamis.

Di Johor Baru, Idris berkata, kementerian akan mengambil kira semua pandangan dan pendapat daripada ibu bapa, pelajar, kolej dan universiti swasta.

"Kami akan mengumumkan keputusan mengenai perkara itu yang pastinya memuaskan hati semua pihak.

"Sila bersabar, kami akan mencari penyelesaian terbaik. Pegawai-pegawai kami bekerja sehingga tengah malam pada Rabu untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Idris kerana mendengar pandangan semua menteri Kabinet dan bersetuju untuk mengkaji semula perkara itu.

Beliau berkata, ia adalah amalan di seluruh dunia menggunakan keputusan percubaan untuk kemasukan ke kolej dan universiti.

Di Malaysia, ia diamalkan sejak lebih tiga dekad lalu, katanya.

Sekiranya ia dihentikan, Ka Siong berkata, keputusan terseut akan menjejaskan rancangan negara untuk menjadi hab pendidikan serantau.

"Kebanyakan pelajar boleh pergi menyambung pengajian ke tempat lain. Mereka boleh mendaftar pengajian di Australia atau London untuk peringkat A-Level.

"Untuk tempoh jangka masa panjang, kita akan kerugian," katanya.

Beliau berkata, ia akan memberi kesan kepada industri pendidikan swasta yang menerima seramai 30,000 pemohon setiap tahun.

Keputusan untuk mengkaji semula syarat baharu itu dialu-alukan institusi pengajian tinggi swasta, ibu bapa dan para pelajar.

Terdahulu, kementerian memaklumkan kepada institusi pengajian tinggi swasta bahawa keputusan percubaan SPM tidak lagi diguna pakai untuk kemasukan ke kolej atau universiti swasta bermula Januari.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan