Lima Jenazah Selamat Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima lagi jenazah mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selamat tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 pagi Jumaat.

Lima jenazah tersebut adalah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz Tambi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir untuk memberikan penghormatan ketenteraan kepada lima jenazah tersebut seperti sebelum ini.

Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen)
akan dibawa dalam bekas abu.

Bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.

Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu. 

Dengan lima lagi jenazah yang tiba pada Jumaat, maka seramai 42 jenazah rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dari Belanda. 

Ini bermakna hanya dua lagi jenazah warganegara Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti.

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , jenazah , KLIA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan