Kementerian Cari Penyelesaian Terbaik Isu Keputusan Percubaan SPM - Idris

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 7:04 PM

Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).


Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak kementerian akan terus mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita mahu mengambil jalan tengah (tentang perkara ini) dan berharap dapat mencapai penyelesaian terbaik bagi semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran hasil penyelidikan universiti-universiti penyelidikan seluruh Malaysia di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Khamis.

Dua hari lalu, Idris dilaporkan sebagai berkata kementerian itu tidak pernah membenarkan mana-mana IPTS menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan SPM dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan.

Beliau sebaliknya berkata keputusan peperiksaan itu hanya boleh digunakan untuk memohon kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris.

Tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program prauniversiti dan asasi di IPTS bagi sesi bermula 2015 itu telah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa di negara ini.

Idris berkata, rasional larangan tersebut adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau berkata, surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan.


Tags / Kata Kunci: SPM , Datuk Seri Idris Jusoh , IPTS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan