Perbankan Internet Juga Berisiko

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes mesin juruwang automatik (ATM) digodam hanya merupakan sebahagian daripada jenayah siber yang mengancam institusi kewangan Malaysia pada masa ini.

Sebaliknya platform perbankan dalam talian serta mudah alih di negara ini merupakan sasaran terbesar penjenayah siber yang perlu diberi perhatian serius, demikian kata seorang pakar keselamatan kewangan.

Bagaimanapun syarikat-syarikat keselamatan berkata, setakat ini transaksi dalam talian adalah selamat selagi pengguna mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Namun, Ketua Trusteer iaitu sebuah firma yang dimiliki oleh syarikat komputer gergasi IBM, Tim Lau berkata, peranti yang digunakan untuk menjalankan transaksi dalam talian dan perbankan mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer terdedah kepada ancaman untuk digodam.

Katanya penjenayah siber boleh mencuri wang dan data perbankan daripada pelanggan apabila mereka melakukan transaksi menggunakan peranti mudah alih.

"Berikutan kejadian serangan siber terhadap mesin ATM, pihak bank perlu melihat dari sudut yang lebih luas bagi melindungi sistem perbankan mereka," kata Lau.

Katanya, Malaysia adalah sebahagian daripada wilayah 'zon peluang' oleh penjenayah siber.

"Di Asia terdapat pelbagai negara, pelbagai mata wang hingga menjadikan banyak negara kini makin berkembang hingga menjadikan Malaysia sebahagian daripada 'pasaran baharu' bagi penjenayah," katanya.

Baru-baru ini dilaporkan mengenai sindiket Amerika Latin yang melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta setelah menggodam 17 mesin ATM di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.

Minggu lalu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, sekurang-kurangnya lapan individu kehilangan lebih daripada RM59,000 bulan ini selepas peranti mudah alih mereka digodam.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan