Kerajaan Akan Bantu Shalwati Dapatkan Kembali Hak Penjagaan Anak - Rohani

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 6:33 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan akan membantu untuk mengembalikan semula hak penjagaan anak untuk pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Norshal yang sudah selesai menjalani hukuman penjara masing-masing di Sweden.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sehubungan dengan itu, kementeriannya dan jabatan yang berkaitan akan bekerjasama dengan kerajaan Sweden sepenuhnya.

Buat masa ini, keempat-empat anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif ,8, berada dalam jagaan ibu saudara mereka di Kota Baharu, Kelantan.
 
"Sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar sebanyak 23 laporan kepada kerajaan Sweden sejak pasangan itu ditahan pada 29 Mac tahun ini.
 
"Kita masih mengikuti perkembangan keluarga itu untuk diberikan laporan kepada kerajaan Sweden sehinggalah mereka berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014 di sini, hari ini.
 
Rohani berkata jika kerajaan Sweden berpuas hati dengan laporan yang JKM berikan sekali setiap sebulan itu, hak penjagaan semula anak-anak itu akan dikembalikan kepada ibu bapa mereka.

Katanya hak penjagaan itu hanya akan dikembalikan selepas anak pasangan terbabit berumur 18 tahun atau lebih cepat, dengan persetujuan kerajaan Sweden.

Semalam, Shalwati, 46, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden, pada Isnin.

Pada 29 Mac, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap suaminya yang ketika itu Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak mereka.

Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan dan kedua-dua mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang telah ditetapkan. Azizul Raheem, 38, dibebaskan pada 9 Julai lepas.

Sementara itu, Rohani berharap bajet yang akan dibentangkan pada 10 Okt ini akan menawarkan kemudahan yang terbaik untuk masyarakat.

Beliau berkata pihaknya meminta dana sebanyak RM100 juta khusus untuk membantu wanita yang tidak boleh atau layak membuat pinjaman di bank supaya dapat diberikan bantuan melalui dana itu nanti.
 
"Kita tidak mahu wanita yang tersebut membuat keputusan untuk mencari jalan mudah dengan meminjam daripada 'Along' (peminjam wang tanpa lesen) atau membuat kerja sosial yang tidak baik bagi mendapatkan wang dengan mudah.
 
"Pastinya nanti masalah akan timbul jika mereka tidak dapat membayar kembali wang tersebut dengan jangka waktu yang ditetapkan oleh 'Along' atau mereka nanti terjebak dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shalwati Norshal , Rohani Karim

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan