Kerajaan Selangor Mohon Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Air Didedah Kepada Umum

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 8:37 PM

Azmin Ali

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membolehkan perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan kepada umum.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu adalah berikutan pihaknya sebelum ini pernah mencadangkan kepada bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya semua perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri tidak tertakluk kepada OSA.
 
"Masalahnya adalah perjanjian itu tertakluk bawah OSA ... semasa persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) lepas, saya cadangkan kepada Khalid bahawa setiap perjanjian yang perlu ditandatangani dengan kerajaan persekutuan tidak boleh tertakluk bawah OSA.
 
"Malangnya MoU, 'Heads of Agreement' dan 'Master Agreement' semuanya ditandatangani oleh kerajaan negeri tanpa memberi perhatian kepada permintaan ini, jadi saya akan tulis surat dalam masa seminggu ini kepada kerajaan persekutuan supaya perjanjian itu dibuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) di sini, hari ini.

Katanya anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) hari ini memberikan penjelasan dan taklimat berhubung proses penstrukturan itu yang dilakukan pentadbiran sebelum ini.

Bagaimanapun, Azmin berkata pihaknya dan barisan anggota Exco kerajaan negeri yang baharu masih belum diberi salinan perjanjian terbabit.

Menyentuh mengenai projek pembinaan empangan Langat 2, beliau berkata pihaknya akan memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menentukan proses tender dibuat secara terbuka.
 
"Kita mahu kos pembangunan dan kos operasi Langat 2 tidak bebankan rakyat Selangor ... kita juga tegaskan bahawa kita mahu pastikan kepentingan pengguna dan rakyat Selangor dijamin dalam perjanjian yang telah ditandatangani kerajaan negeri sebelum ini dengan kerajaan pusat," katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan pegawai khas Abdul Khalid, Faekah Hussin yang mendakwa beliau membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang, Azmin menafikan perkara tersebut.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui berhubung isu berkenaan malah menyifatkan tindakan itu dilakukan pentadbiran kerajaan negeri dan bukan atas arahannya.
 
"Saya tak tahu tentang perkara itu ... ia diuruskan pentadbiran, program itu masih diteruskan, penerima yang layak menerima bantuan mengikut garis panduan tetap terima bantuan," kata Azmin.

Semalam, Faekah dalam satu kenyataan mendakwa Azmin mengeluarkan arahan kepada Bendahari Negeri pada 25 Sept lepas untuk membekukan akaun SMUE di kedua-dua kawasan tersebut yang diwakili Abdul Khalid.

Faekah turut menyifatkan Azmin bertindak 'keras' dan menghukum bukan sahaja Abdul Khalid tetapi seluruh rakyat di kawasan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan