Ali-Baba Jalan Terakhir Elak Gulung Tikar

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Risiko gulung tikar akibat peningkatan kos operasi mendorong beberapa pengusaha bas ekspres bertindak mengali-babakan syarikat mereka.‬

Akibatnya, jumlah pengusaha bas ekspres yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan Bumiputera kini menurun kepada 60 peratus.

‪Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajudin Mohamad Yunus berkata, cara tersebut adalah jalan penyelesaian terakhir kerana pengusaha tiada pilihan akibat bebanan hutang yang banyak.

‪"Itu jalan terakhir... mereka tiada pilihan selain terpaksa mengali-babakan syarikat demi mendapat sedikit wang. Malah ada juga yang jual syarikat dan melakukan usaha sama dengan pihak lain, dapat duit sikit pun dah okay," katanya kepada mStar Online.

‪Tajudin berkata, sekitar 1978 dahulu, kira-kira 90 peratus perniagaan bas ekpress diusahakan oleh golongan Bumiputera.  Kini bilangannya jauh lebih kecil... berlaku penurunan yang ketara," katanya.

‪Beliau berkata, lebih membimbangkan, kenaikan harga petrol diesel dari RM2.00 ke RM2.20 bermula tengah malam tadi akan mengundang risiko lebih banyak syarikat pengusaha bas yang akan gulung tikar.‬

Jelas beliau, sejak 1978 hingga hari ini sebanyak 40 bas dipercayai milik golongan Bumiputera gulung tikar kerana tidak mampu berdaya saing dengan syarikat bas ekspres yang lain.

‪"Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 1,600 bas ekspres diusahakan oleh orang Melayu. Ia merupakan satu-satunya perniagaan yang majoritinya dimiliki golongan tersebut. Jadi kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu kami meneruskan perniagaan ini," katanya.

‪Tambah Tajudin, pengumuman kenaikan harga diesel amat mendukacitakan semua pengusaha bas kerana ia akan menambah lagi beban yang sedia ada.

‪"Kita bukan perniagaan yang boleh tutup esok dan buka semula sesuka hati. Kita banyak komitmen yang perlu ditanggung... pekerja, kos penyelenggaraan bas, minyak dan sebagainya. Kalau tiada pendapatan percayalah industri pengangkutan ini akan lingkup," katanya.

‪Justeru, beliau merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan syarikat pengusaha bas agar tambang dinaikkan kepada kadar yang memadai iaitu sebanyak 20 peratus.

‪"Kali terakhir kenaikan diesel adalah pada tahun lepas tapi tiada perkembangan terkini mengenai tambang bas. Hari ini pun harga diesel naik, jadi kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan syarikat pengusaha bas daripada gulung tikar," katanya.‬

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan