Tiga Lagi Pegawai Kastam Akan Didakwa - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 10:11 PM

Shukri Abdull.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan didakwa berhubung kes rasuah dalam melepaskan barangan seludup yang tidak diisytihar cukai di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tiga pegawai yang akan didakwa itu adalah antara 30 pegawai yang disyaki terlibat dalam skandal rasuah berkenaan. 

Katanya, seorang daripada pegawai itu turut berdepan dakwaan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Bagaimanapun, pendakwaan hanya akan dilakukan apabila dua daripada pegawai itu kembali sihat setelah mengalami demam denggi," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota JKDM ditahan sejak 2 Sept lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah membabitkan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Daripada jumlah itu, 25 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.

Penahanan semua individu itu hasil pemantauan lebih setahun di kawasan PKFZ.

Tags / Kata Kunci: kastam , SPRM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan