Kenaikan Harga Minyak: Stesen Minyak di Lembah Klang 'Diserbu'

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 11:43 PM

Stesen minyak mula dipenuhi kenderaan berikutan harga minyak petrol RON95 akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa 12.01 pagi 2 Oktober ini dengan pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesesakan luar biasa berlaku di stesen minyak di Lembah Klang berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel mulai tengah malam Khamis. 

Pengumuman kenaikan harga itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak Petronas, Shell, Petron dan Caltex di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang sejak pukul 8.30 malam.
 
Kebanyakan pengguna menerima realiti kenaikan harga bahan api itu namun berharap kerajaan mengumumkan lebih awal agar senario kesesakan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak tidak berulang.

Seorang kakitangan kerajaan, Hasbullah Ahmad, 25, berkata beliau segera ke stesen minyak sebaik mendengar pengumuman kenaikan harga itu.
 
"Jadi bila dapat tahu saya terus keluar isi minyak dan terpaksa menunggu giliran kira-kira 20 minit, itupun saya bernasib baik kerana sampai (ke stesen minyak) lebih awal," katanya kepada Bernama.

Pensyarah sebuah kolej swasta, Noraisha Abdul Razak, 23, berkata beliau terkejut dengan pengumuman itu kerana tidak mendengar ura-ura kenaikan harga minyak sebelum ini.
 
"Saya hanya mengetahui kenaikan ini setelah melihat suasana sesak dan banyak kenderaan mengerumuni stesen minyak," katanya.
 
Juruteknik, Amirul Haslam, 22, pula meluahkan kebimbangan kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan harga keperluan asas turut meningkat sekali gus menjejaskan kos sara hidup.
 
"Selalunya kalau harga minyak naik, harga barang lain pun naik, ia akan bebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," katanya.

Peniaga kuih, K.Selvi, 50, pula berkata beliau juga risau kenaikan harga minyak itu turut memberi kesan kepada perniagaanya.
 
"Harap kerajaan beri insentif untuk bantu kenaikan kos ini," katanya.

Seorang pegawai bank, David Lim, 30, pula berharap tiada kenaikan lagi akan berlaku dalam masa terdekat.
 
"Kita terpaksa menerima kenaikan itu tetapi berharap kerajaan mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi ekonomi bagi memastikan pemberian subsidi dapat dikekalkan kepada rakyat," katanya.




Tags / Kata Kunci: petrol RON 95 , diesel , stesen minyak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan