Isu Tambang: Pengusaha Bas Makin Tersepit

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Beberapa syarikat pengusaha bas ekspres mengakui terpaksa mengurangkan perkhidmatan  sehingga 30 peratus berikutan peningkatan pelbagai kos, sedangkan kadar tambang masih tidak dinaikkan.

Akibat bimbang operasi syarikat 'gulung tikar' langkah lain turut  dilaksanakan termasuk mencantumkan destinasi untuk mengelak penggunaan tenaga kerja dan kenderaan berlebihan yang boleh membebankan syarikat.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, kos yang tinggi menyebabkan syarikat tiada duit lebihan bagi perbelanjaan modal untuk membeli bas baharu.

"Tiada keuntungan,  jadi syarikat tidak boleh beli bas baharu. Akibat ketiadaan bas (baharu), jadi secara automatiknya laluan perjalanan terpaksa dikurangkan," katanya kepada mStar Online.

Menurutnya, harga sebuah bas bagi kelas ekonomi (Plus Liner/Transnasional) yang menjadi pilihan penumpang di laluan popular iaitu Pantai Timur mencecah RM500,000.

Jelas beliau, syarikatnya  hanya mempunyai 40 bas baharu sejak empat tahun lalu kerana tiada keuntungan positif.

"Kita hanya mampu beli 10 bas setiap tahun sejak empat tahun lalu berbanding 100 buah setiap tahun pada 2009 dan 2010," katanya.

Bagi mengelakkan peningkatan kos, Tengku Mohd Hasmadi berkata, syarikatnya terpaksa mengambil pendekatan pencantuman destinasi.

"Sebagai contoh, jika dulu ada laluan Kuala Lumpur - Tumpat tapi sekarang kita guna laluan Kuala Lumpur - Kota Baru - Tumpat. Sebuah bas terpaksa pergi ke dua destinasi," katanya.

Beliau berkata, syarikat tersebut hanya melakukan 700 pelepasan setiap hari berbanding 1,000 pelepasan sebelum ini.

"Ia satu penurunan yang drastik. Kita terpaksa (kurangkan laluan) melakukannya untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Justeru Tengku Mohd Hasmadi segera mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar tambang sebanyak lima peratus setiap tahun untuk menangani masalah tersebut.

"Tidak perlu kenaikan mendadak seperti mana pada 2008 lalu tetapi cukupnya sekiranya lima peratus setahun," katanya.

Sementara itu, Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus turut mengakui hanya 21 daripada 26 bas milik syarikat itu  beroperasi setiap hari kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat bas lain akibat kenaikan kos.

"Kita tak ada penambahan laluan. Kita hanya gerakkan 21 daripada 26 bas yang kita ada. Kita tak berani nak gerakkan banyak bas kerana takut rugi.

"Dengan tambang bas yang rendah tetapi kos perkhidmatan tinggi, kita juga tak ambil pekerja ramai kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kita tidak mahu berdepan risiko gulung tikar, jadi pendekatan tersebut diambil untuk terus beroperasi," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata adalah memadai jika tambang dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun bagi memastikan syarikat pengusaha bas meneruskan perkhidmatan.

"Kami hanya mahu 20 peratus setiap lima tahun, ia jumlah yang munasabah. Saya harap kerajaan pertimbangkan permohonan yang dikemukakan tahun lalu dalam masa terdekat demi kepentingan pengusaha bas di negara," katanya.

Sehingga kini, tiada perkembangan mengenai perkara itu walaupun terdapat 'cakap-cakap' menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.

Tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus.‬

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan