Lembu Import Sempena Aidiladha Dijamin Selamat Dan Sihat - Ismail

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut.

"Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia Madam Maria Auxiliadora Figueiredo di pejabatnya di sini, Rabu.
 
"Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut," katanya.

Katanya, kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit.

Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia.

Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi.

Tags / Kata Kunci: bekalan lembu , Aidiladha

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan