Gaji MB, Exco Selangor Dikaji Semula

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kadar elaun dan gaji empat jawatan utama di negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.


Empat jawatan itu membabitkan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, dan Timbalan Speaker DUN.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, kajian itu tidak membabitkan elaun yang diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Tidak melibatkan Adun, kita merasakan kenaikan kadar untuk Adun adalah berpatutan dan sesuai dengan tanggungjawab mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Azmin sejak dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 23 September lalu.

Sebelum ini di era pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, DUN Selangor pada 27 November 2013 pernah meluluskan kenaikan mendadak bagi empat jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 14 April lalu, DUN Selangor membuat keputusan untuk memotong kadar kenaikan itu.

Pada ketika ini, gaji dan elaun menteri besar ialah RM14,175.1, manakala gaji exco adalah sebanyak RM15,000.

Sementara itu, gaji Speaker DUN ialah RM15,000, manakala timbalannya menerima gaji sebanyak RM12,000.

Tags / Kata Kunci: DUN , Selangor , Exco , gaji

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan