Jangan Salahkan Kaum Lain Jika Bumiputera Gagal Kuasai Ekonomi - Dr Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 10:25 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.

Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.
 
"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan dengan baik.
 
"Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelas komputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itu kepada orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.

Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain.
Tags / Kata Kunci: ekuiti Bumiputera

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan