Peperiksaan Semula UPSR Bermula

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 9:13 AM

Calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Gita, Kuching mengaminkan doa sebelum menduduki semula peperiksaan pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi dua mata pelajaran yang bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris berlangsung pada Selasa.

 

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 yang dijadual bermula 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.

Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran kertas peperiksaan UPSR awal melibatkan 472,853 murid yang mendudukinya di seluruh negara bermula 9 Sept lalu.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang terlibat dengan UPSR.

Perdana Menteri turut memuji kesabaran ibu-bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu.



Tags / Kata Kunci: UPSR , bocor , Sains

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan