Tiada Militan IS Ke Iraq Melalui Malaysia - Duta Iraq

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 1:53 PM

Pejuang Kurdis berkawal berhadapan dengan kedudukan kumpulan militan IS di Kirkuk, 290 kilometer utara Baghdad, Iraq.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada 'pejuang jihad' Negara Islam (IS) yang memasuki Iraq secara terus menerusi Malaysia, kata Duta Iraq ke Malaysia, Prof Dr Basim Hattab Al-Tumma.


Beliau berkata, ini kerana kedutaan tersebut mengenakan protokol memproses visa yang sangat ketat bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang memasuki negara tersebut dan menyertai pejuang IS.

Visa hanya dikeluarkan kepada pegawai kerajaan dan kakitangan Petronas yang bekerja dalam industri minyak dan gas di Iraq, katanya kepada Bernama.

Dr Basim berkata Iraq juga merasa prihatin sebagaimana kerajaan Malaysia dan tidak mahu melihat pemuda Malaysia diseleweng untuk menyertai pergerakan jihad yang bertentang dengan Islam.

Beliau berkata, ia dapat membantu sekiranya Malaysia membuka semula kedutaan di Baghdad, agar boleh memantau rakyat Malaysia di Iraq.

Kini kedutaan Malaysia di Jordan turut meliputi Iraq.

Dr Basim berkata, bertentangan dengan laporan media, kerajaan Iraq menguasai penuh keadaan di utara negara itu dan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) hanya terbatas di kawasan kecil berdekatan Mosul.

"Kemaraan mereka menuju Baghdad telah dapat disekat," katanya.

Beliau berkata, polisi negaranya kini ialah mengeratkan hubungan dengan semua negara dunia.

"Perlembagaan baharu kami tidak mendiskriminasi golongan syiah, sunah, kristian dan yahudi serta membenarkan rakyt kami bebas beragama," katanya.

Dr Basim berkata, Iraq akan memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membantu menyatutupadukan masyarakat Islam.

Beliau berkata negaranya turut menggalakkan syarikat Malaysia menyertai pembangunan di Iraq.

"Kami mahu melaksanakan projek pembangunan infrastruktur besar dan syarikat Malaysia boleh mengambil manfaat daripadanya," tambah beliau.

Kini hanya Petronas yang aktif menyertai sektor petro-gas di Iraq.


Tags / Kata Kunci: Iraq , IS , jihad

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan