Soalan Peperiksaan Ulangan UPSR Lebih Mudah - Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 12:06 PM

Guru sekolah memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar SK Manjalara yang menduduki peperiksaan ulangan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada Selasa. Turut serta ibu kepada pelajar Asmah Ismail. - Foto SHAARI CHE MAT/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menganggap soalan kali ini lebih mudah berbanding sebelum ini.

Malah, kerisauan untuk sekali lagi menjalani ujian itu reda sebaik memasuki dewan peperiksaan dan mula menjawab soalan bagi subjek Sains pada pagi Selasa.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Manjalara, Nur Jahirah Mohamad Mubarak, 12, berkata kertas kali ini lebih mudah untuk dirinya kerana telah membuat persiapan yang lebih menyeluruh disamping pengalaman mempunyai pengalaman menduduki kertas yang sama sebelum ini. 

"Kali ini jawab soalan lebih rileks. Guru-guru dan ibu bapa turut memberikan kaunseling dan latihan kepada saya dan rakan-rakan lain. 

"Ini dapat memulihkan semangat saya untuk jawab dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita. 


Pelajar SK Manjalara yang menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris dilihat gembira dan bersemangat.

Seorang lagi pelajar di sekolah sama, Amrina Amir turut melahirkan perasaan teruja biarpun sedikit risau sekiranya soalan peperiksaan kali ini lebih sukar untuk dijawab. 

"Alhamdulillah soalan kali ini lebih mudah dijawab. Ibu ayah banyak beri nasihat. Saya juga banyak buat latihan tambahan," katanya. 

Ibu bapa yang hadir di SK Manjalara,  Asmah Ismail, 41,  sedikit bimbang namun yakin anaknya mampu menjawab soalan peperiksaan kertas Sains dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik. 

"Sudah pasti saya bimbang, namun saya banyak beri nasihat dan motivasi kepada dia supaya berfikiran positif biarpun terpaksa menghadapi peperiksaan ini kali kedua. 

"Subjek Sains memang mata pelajaran kegemaran dia, saya harap dia dapat jawab lebih baik daripada sebelum ini," katanya yang juga guru muzik di sekolah berkenaan. 

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut meluangkan masa melawat SK Manjalara.


Sementara itu, Guru Besar SK Manjalara Zaifuddin Baharum berkata, guru-guru telah memberikan latihan tubi tambahan kepada pelajar sejak timbulnya isu soalan bocor. 

"Guru di sekolah ini telah memberikan latihan tubi tambahan serta jadual waktu anjal bagi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Mateamtik.

"Pihak sekolah yakin pelajar lebih bersemangat untuk menjawab peperiksaan kali ini," katanya. 

Terdahulu, seawal pukul 7 pagi pelajar dilihat sudah berada di pekarangan sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan ulangan untuk dua kertas berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut meluangkan masa melawat tiga buah sekolah bermula dengan SK Taman Bukit Maluri, SK Manjalara dan SK Taman Seri Sinar, Kepong dekat sini. 

Tags / Kata Kunci: UPSR , SK Manjalara

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan