UPSR: Pujian Untuk Guru, Ibu Bapa Dalam Mempersedia Murid - Idris Jusoh

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 10:45 AM

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bukit Maluri membuat ulangkaji pelajaran buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan semula UPSR di sini, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah ibu bapa dan guru yang terus membakar semangat dan mempersedia murid selain kecekalan murid sendiri bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa dan 9 Oktober mendapat pujian.


Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan rapi yang dibuat semua pihak termasuk murid sebelum peperiksaan UPSR sebenar bermula 9 Sept lalu membolehkan murid sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan ulangan.

"Pelajar yang buat persediaan dengan baik akan dapat jawab dengan baik kerana ia menggambarkan apa yang mereka pelajari serta fahami sejak darjah satu.

"Soalan bocor tidak akan beri gambaran sebenar tentang prestasi seseorang pelajar," kata Idris kepada pemberita selepas meninjau peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar di sini, Selasa.

Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan UPSR awal yang diambil 472,853 calon tahun ini.

Menurut Idris, ramai yang melihat isu kebocoran kertas peperiksaan itu dari sudut positif.

Terdahulu beliau meluangkan masa bersama 270 murid yang menduduki semula UPSR di SK Bangsar.

Idris ketika memberi kata-kata perangsang kepada mereka berkata: "Saya (merujuk kepada murid) senyum, saya senang hati, Insya-Allah (kamu) akan dapat jawab peperiksaan dengan baik.

"Ucap terima kasih kepada cikgu, masuk bilik peperiksaan dengan baik, tenang dan fikir untuk dapatkan keputusan yang baik."

Peperiksaan ulangan UPSR yang berlangsung hari ini melibatkan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 mulai 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.


Tags / Kata Kunci: UPSR , Datuk Seri Idris Jusoh , SK Bangsar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan