Inventori Tanah Terbiar Nilai RM7 Bilion Diwarta Untuk Pertanian

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 6:08 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kira-kira RM7 bilion nilai inventori tanah terbiar pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri diwartakan sebagai kawasan pertanian di seluruh negara.


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan inventori mengenai keluasan dan nilai sebenar tanah yang dijangka siap sepenuhnya hujung bulan depan.

"Setakat ini, nilai tanah berkenaan yang ada pada saya dianggarkan mencecah RM7 bilion. RM7 bilion itu tanah terbiar yang melibatkan seluruh negara, ada yang tanah kosong sampai 100 ekar, ada 50 ekar, lapan ekar pun ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak 2014 bagi mewakili Ismail Sabri di sini, Selasa.

Katanya, kementeriannya telah berbincang dengan semua kerajaan negeri sekiranya terdapat usahawan tani yang mahu membangunkan tanah terbiar itu.

Sementara itu, Mohd Arif berkata, mesyuarat antara Menteri Besar dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah membangkitkan agar tanah yang diwartakan untuk pertanian dikekalkan.

"Kadang-kadang tanah yang diwartakan telah dibiarkan begitu lama sehingga orang lain seperti pemaju yang melihat tanah terbiar itu dan mengambil tanah itu dengan membangunkan projek-projek lain," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta jabatan di bawah kementerian itu menyediakan inventori tanah terbiar untuk diserahkan kepada pihaknya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan