Banduan Harap Dapat Bergelar Graduan

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 8:22 AM

Yong Vui Kong

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia, Yong Vui Kong, yang pernah dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah di Singapura, tetapi dijatuhkan hukuman semula kepada hukuman yang lebih ringan tidak berpuas hati walaupun dia terlepas daripada kematian.

Peguamnya M. Ravi berkata Vui Kong mahu mengikuti pengajian dalam penjara, namun ia terpulang kepada budi bicara penjara Changi.

"Rakyat Singapura mempunyai pilihan untuk belajar di penjara tetapi dalam kes warga asing, ia terpulang kepada pihak berkuasa penjara," katanya kepada The Star Online.

Ravi berkata Vui Kong, 26, bersedia untuk meneroka peluang untuk belajar tetapi percaya dia cenderung ke arah bahasa kerana minatnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Ravi bagaimanapun mengambil berat tentang kesihatan mental Vui Kong kerana dia masih diletakkan di sel bersendirian di dalam penjara.

"Saya menulis kepada penjara mengenai perkara ini. Sudah hampir satu tahun dia menjalani kehidupan dan hukuman penjara," kata Ravi sambil menambah Vui Kong kelihatan sangat lemah dan telah susut berat badan.

Vui Kong, yang berasal dari Sabah, pada mulanya dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana mengedar 47gm dadah terkawal 'diamorphine' pada tahun 2007. Dia berusia 18 tahun ketika ditangkap.

Bagaimanapun, pada bulan November tahun lepas Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman semula penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan terhadap Vui Kong.

HUkuman semula ini dibuat selepas kerajaan Singapura, pada tahun lepas mengumumkan perubahan terhadap hukuman mati mandatori yang membolehkan banduan yang akan dijatuhkan hukuman mati dijatuhkan hukuman yang lebih ringan jika mereka menepati syarat-syarat tertentu.

Jika Peguam Negara mendapati bahawa mereka memenuhi syarat-syarat ini, Sijil Kerjasama (CoC) akan dikeluarkan bagi membenarkan banduan itu memohon kepada mahkamah supaya hukuman mati diketepikan dan akan dijatuhi hukuman semula.

Vui Kong didapati telah memenuhi syarat-syarat, yang menyebabkan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman semula kepadanya.

Ravi telah membuat rayuan terhadap hukuman sebat dengan mencabar perlembagaan, tetapi keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan masih belum keluar.

Sejak dipenjarakan, Vui Kong telah insaf dan menjalani 'kelahiran semula', mencari erti hidup mengikut kepercayaan Buddha dan menghabiskan banyak masa dengan berdoa dan bertafakur.

Dia juga telah menjadi seorang 'vegetarian' dan menggunakan nama baru, Nan Di Li, yang diambil daripada Dharma Buddha.

Dia dipercayai menjadi mangsa keadaan, setelah berhenti sekolah ketika baru berusia 11 tahun, kemudiannya terjebak dalam lembah hitam.

Tags / Kata Kunci: banduan , graduan , Yong Vui Kong , CoC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan